Monday, January 3, 2011

Jenis Kain Dan Ragam Hias (Motif Dan Corak Warna)



Kain yang digunakan untuk mencipta destar berbentuk segi empat yang secara umumnya terbagahi kepada tiga jenis kain iaitu kain songket, telepuk dan batik.
  • Kain Songket berukuran 72sm x 77sm hingga 81sm x 85sm
  • Telepuk/batik berukuran 82sm x 82sm
Biasanya kain destar di perbuat dari kain songket yang ditenun dengan benang emas atau perak. Ia ditempah khas untuk destar. Di Terengganu dan Kelantan biasanya ditenun lengkap dengan persalinan, Sehelai kain yang khas mempunyai ragamhias, motif dan corak warna yang pelbagai.


Jenis Kain Dan Pemakaianya
  • Kain Batik (anak Bugis)
  • Kain Batik Jawa (Juak-juak Negeri Pahang)
  • Kain Benang Halus (Kain tenunan sutera)
  • Kain Berjalur (Pernah dipakai oleh Imam Perang Indera Gajah, Pahang, Imam Rasul, ayah kepada Mat Kilau dan Undang Luak, Negeri 9)
  • Kain Broket (Dato' Lembaga Luak, Negeri 9)
  • Kain Bugis
  • Kain kelingkam (Sultan)
  • Kain Limart Bersongket (Raja/Sultan)
  • Kain Songket Hitam Beragi/petak (Datuk-datuk Adat)
  • Kain Pelangi
  • Kain Pis (Kaum Suluk/Rungus/Binadan-Sabah)
  • Kain Polos Hitam (Hulubalang/Panglima/Pendekar/Juak-juak)
  • Kain Polos Putih (Kerabat diraja di waktu berkabung)
  • Kain Songket Raja (Raja/Sultan/Kerabat diraja)
  • Kain Telepuk (Perada/kain bercalak)
  • Kain tubau (Kaum Banjar/Iranun/Dusun-Sabah)



Warna Tanah/Natar/Badan Kain Destar

Mengikut situsai dan suasana majlis:
  • Putih (Sultan)
  • Kuning (Raja/Sultan)
  • Ungu (Anak Raja/Undang Luak)
  • Merah (Panglima Perang)
  • Hijau (Datuk-datuk)
  • Biru (Laksamana)
  • Hitam (Raja/Sultan semasa adat)
  • Hitam (Datuk Adat/Datuk Bergelar)
  • Hitam Polos (Pendekar/Juak-juak)
Biasanya Kuning di pakai oleh Raja/Sultan. Warna untuk majlis adat istihadat masih mematuhi tiga warna asas iaitu Putih, Hitam dan Kuning. Begitu juga warna tanah kain.Warna tanah yang tua adalah untuk orng dituakan seterusnya warna muda menunjukkan status sosial pemakainya yang masih muda.



Corak Dan Ragam Hiasan

  • Corak Bunga Jong Sarat (Raja)
  • Corak Bunga Penuh (Raja)
  • Corak Teluk Berantai (Raja)
  • Corak Bunga Bertabur (Datuk-datuk)
  • Corak Berjalur (Datuk-datuk/Undang Luak)












1 comment:

  1. Salam. Tumpang bertanya. Saya berminat hendak tahu lebih. Dari manakah sumber maklumat2 tentang kain destar di atas? Buku? Terima kasih.

    ReplyDelete