Monday, January 3, 2011

Destar Raja-Raja

TENGKOLOK DIRAJA
Di antara pakaian-pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah Tengkolok lamanya, semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang di ikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negerri. Kain ulu itu dinamakan Tengkolok dan Tengkolok yang dipakai oleh D.Y.M.M seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini di pasangkan (JATA) anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang perbuat dari emas putih dan di tengah-tengah bintak terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.


TENGKOLOK SULTAN KEDAH
Pakaian hulu D.Y.M.M. Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan baru yang berasakan kepada ikatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah pakain hulu rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak sebelah kiri, yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.


SETANJAK BALUNG RAJA
Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakian hulu rasmi D.Y.M.M. Sultan selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat Diraja Negeri Selangor seperti istiadat Pertabalan, Hari Keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.


DESTAR KETAM BUDU
Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pamakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat Semenajung Malaysia.


DESTAR DENDAM TAK SUDAHDi Negeri Sembilan istiolah destar disebut DETA sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakain hulu rasmi D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil tunas kasih harus diletakkan tepat dia atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukan pemakainya adalah raja yang memerintah negerinya.


TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG
Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis detsar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.


TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK
Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu rasmi khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat istiadat Melayu, warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.A.M. Raja Muda dan warna hitam untuyk D.Y A.M. Raja Hilir Perak


TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH
Tengkolok Dendam Tak Sudah digunakan sebagai pakaian hulu rasmi D.Y.M.M. Raja Perlis, Warna natarnya hujau, manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.


TANJAK BELALAI GAJAH
Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh berwarna kuning.Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan saudara atas perkongsian tentang destar-destar ini. Saya amat menghargainya.
    Saya baru bermula untuk cuba-cuba belajar mengikat destar2.
    Saya dapat tahu tentang buku oleh Wan Yahaya ini tidak lama dulu tetapi tidak terdapat di kedai2 dan harganya pula agak tinggi bagi seorang pelajar seperti saya.

    Dengan paparan di blog saudara ini, dapatlah saya belajar sedikit sebanyak. Harap diteruskan lagi usaha murni ini. Saya sentiasa menanti post-post baru.

    Terima kasih!

    ReplyDelete