Monday, January 17, 2011

Rujukan

  1. Aziz Deraman 1976. Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur. Kementeriam Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  2. Baumgart, Fritz 1970. A History of Architectural Styles. London: Pall Mall Press
  3. Buyung Adil 1974. The History of Malaca. Kuala lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka
  4. Chadwick, Charles 1971, Symbolism. Great Britain: Methuen and Co. Ltd
  5. Collingwood, R.G. 1971. The Principles of Art. London: Oxford University Press
  6. Ensiklopedia Kebangsaan 1997. jil 9. Kuala Lumpur, Penerbitan Titiwangsa Sdn Bhd.
  7. Ensiklopedia Umum 1973. Djakarta. Penerbitan Jajasan Kunisuis
  8. Ikatan kepala Melayu, artikel yang tersimpan di Perpustakaan Muzium Negara, tanpa tarikh dan nama penulis.
  9. Ismail 1973. Rekabentuk Tradisi dan Baru Dalam Asa Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaa, Belia Dan Sukan.
  10. Kamus Dwibahasa 1979. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  11. Kamus Umum Bahasa Indonesia 1966. Jakarta. Balai Pustaka
  12. Koenjaraningrat 1970. Penghantar Antropologi. Kuala Lumpur:Pustaka Antara
  13. Korg, Jacob 1959. An Introduction to Poerty. United States Of America: Holt, Rinehart and Watson
  14. Magjunir 1967. Mengenal Pokok-pokok Antropologi Dan Kebudayaan. Jakarta: Bharta
  15. Negara Kita, Sejarah Pentadbiran Dan Dasar-dasar Pembangunan 1980. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
  16. Panofsky, Erwin 1968. Idea: A Concept in Art Theory. New York
  17. Pawang Ana dan Raja Haji Yahya 1961. Hikayat Anggun Che Tunggal. Singapura: Malaya Publishing House.
  18. 1961. Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Singapura
  19. 1973. Hikayat Malim Deman. Kuala Lumpur. Fajar Bakti
  20. Robertson. Seonaid Mairi 1961. Craf adn Contemporarry Culture. London
  21. Rodziah Mat. Tengkolok: Kajian dari Segi Rekabentuk dan Simbol. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera.
  22. Schinneller, J.A 1967. Art: Search and Discovery. Pensylvania
  23. Sheppard, Mubin 1973, Seni Bina Asli Yang Terdapat Di Tanah Semenanjung Dalam Asas Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur
  24. 1972. Taman Indera: Malay Decorative Art and Pastime. Kuala Lumpur
  25. Siti Zainon Ismail 1979. Reka bentuk Kraftangan Melayu Tradisi: Satu Kajian Tentang Bentuk dan Ragamhias Dalam Seni Tembikar, Anyaman dan Tekstail. Tesis Ijazah Sarjana. UKM
  26. Syed Ahmad Jamal 1979. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur, UM
  27. Tengkolok dan Pengertiannya, artikel yang tersimpan di Perpustakaan Muzium Negara
  28. Teuku Iskandar 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  29. Tun Seri Lanang 1977. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press

Destar Persilatan Melayu

DESTAR BULANG HULU
Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.


DESTAR SUDU ITIK
Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.

Destar Sarawak Dan Sabah

SARAWAK
DESTAR BUGIS TAK BALIK
Terdapat sejenis ikatan yang dikenali dengan nama Bugis Tak Balik banyak dipakai pada masa dahulu di neger-negeri yang mempunyai pengaruh Bugis seperti Terengganu, Johor, Selangor dan Perak. Destar berwarna merah ini merupakan ikatan hulu masyarakat Bugis di Sarawak.

SABAH
DESTAR SIGA
Negeri Sabah yang terkenal dengan pelbagai kumpulan etnik pribumi dengan seni budaya yang amat unik, antaranya seni ikatan kepala yang diguna pakai oleh suku kaum kadazan di Penampang daripada kain tenunan. Ikat kepala ini dikenali panggilan Siga

Destar Perlis Indera Kayangan

TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN
Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke atas.

Destar Selangor Darul Ehsan


TENGKOLOK ALANG
Bentuk destar ini diambil daripada contoh yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdul Samad, Selangor. Baginda dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri.


SETANJAK LANG PATAH SAYAPDestra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Y.A.M. Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat Diraja.


SETANJAK PARI MUDIK
Terdapat beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada suatu ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato' Abu Bakar Baginda, mantan Menteri Besar Selangor ke-7 (1959-1964). Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan disebelah telinga kiri pemakai.


SETANJAK SEBANG SELAT
Ikatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga 1960-an.


Destar Terengganu Darul Iman


TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu.


TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.


DESTAR DATUK BIJA DIRAJA
Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.


TANJAK TEMALONG BUDU
Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.


DESTAR DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.

Thursday, January 13, 2011

Destar Perak Darul Ridzuan



TENGKOLOK BALUNG AYAM
Destar Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana ini pernah di pakai oleh D.Y.M.M. Sultan Perak pada tahun 1950-an.


TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
Tengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu. Ia berasaskan solek Belah Mumbang.


DESTAR PUCUK PISANG PATAH
Tengkolok jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak, Kedudukan pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah melambangkan pucuk pisang yang patah.


TENGKOLOK ALANG ISKANDAR
Ikatan hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang amat DESTAR PATAHdan sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak sewaktu pemerintahan baginda.


DESTAR PATAH KEPAK
Destar yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi D.Y.T.M Raja Muda Perak. Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian sampingan yang lain seperti baju, samp[ing, seluar dan bengkung mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Iskandar.


TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN
Destar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak.


DESTAR LANG SIOH
Y.A.M. Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak Destar yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna latarnya dengan bunga berwarna perak. Demikian juga warna latar pakaianya dengan bunga-bunga perak.


DESTAR AYAM PATAH KEPAK
Destar Ayam Patah Kepak yang diperbuat daripada songket bunga penuh berwarna merah adalah pakaian Panglima Perang bagi Negeri Perak.


DESTAR GETAM PEKASAM
Di Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang sama.