TENGKOLOK BALUNG AYAM
Destar Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana ini pernah di pakai oleh D.Y.M.M. Sultan Perak pada tahun 1950-an.
TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA
Tengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu. Ia berasaskan solek Belah Mumbang.
DESTAR PUCUK PISANG PATAH
DESTAR PUCUK PISANG PATAH
Tengkolok jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak, Kedudukan pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah melambangkan pucuk pisang yang patah.
TENGKOLOK ALANG ISKANDAR
TENGKOLOK ALANG ISKANDAR
Ikatan hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang amat DESTAR PATAHdan sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak sewaktu pemerintahan baginda.
DESTAR PATAH KEPAK
DESTAR PATAH KEPAK
Destar yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi D.Y.T.M Raja Muda Perak. Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian sampingan yang lain seperti baju, samp[ing, seluar dan bengkung mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Iskandar.
TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN
TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN
Destar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak.
DESTAR LANG SIOH
DESTAR LANG SIOH
Y.A.M. Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak Destar yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna latarnya dengan bunga berwarna perak. Demikian juga warna latar pakaianya dengan bunga-bunga perak.
DESTAR AYAM PATAH KEPAK
DESTAR AYAM PATAH KEPAK
Banyak info tentang destar.. yang menarik adalah Destar Temalong Budu.. hee sama pulak dengan alamat blok ni http://www.temalong.blogspot.com
ReplyDeletesaya amik maklumat/ilmu ni utk letak kat blog saya boleh?
ReplyDeletesalam.. kt mana boleh belajar buat destar/tengkolok?
ReplyDelete