Monday, January 3, 2011

Destar Dan Pemakainya





Cara Memakai Destar

Cara memakai mengikut pangkat atau status sosial seseorang, menandakan darjat,taraf, jawatan dan keturunan seseorang. Perbezaannya ialah dari segi bilangan lipatan, semakin tinggi tarafnya semakin banyak bilangan lipatan pada destar yang dipakai.

Keturunan Raja/kerabat DiRaja - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telingan sebelah kanan

Rakyat Biasa - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telinga sebelah kiri


Di kalangan raja destar dipakai semasa upacara formal;
  • istiadat keputeraan
  • pengurniaan bintang dan darjah kebesaran
  • kemahkotaan
  • istiadat perkahwinan
  • istiadat mengadap raja/sultan
  • istiadat permakaman
  • dan seumpamanya



Seni Gerus/Peraturan Membuat Destar/Cara Mengikat Destar Dendam Tak Sudah

Seni Gerus

Seni Gerus Melayu merupakan satu teknik tradisi untuk melicinkan dan memadatkan benang-benang tenunan di permukaan kain. Seni ini dikatakan dibawa masuk ke semenanjung malaysia oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi dalam kurun ke-17. Amat popular suatu ketika dulu di negeri Pahang, Terengganu, Perak, Selanmgor, Kedah, Melaka dan Johor.
Biasanya kain yang akan digerus di cuci terlebih dahulu dengan menggunakan abu sekam padi dan di bilas dengan air bersih dari buah relak kemudian dikanji.
Terdapat beberapa jenis gerus antaranya;
  • gerus mentah
  • gerus masak
  • gerus belang
  • gerus laying
Setelah kanji kering, kain tersebut disapu dengan serdikit lilin sambang dan digosok dengan sejenis cengkerang laut yang di panggil siput gerus sehingga permukaan tersebut licin dan berkilat.

Selain melicinkan permukaan kain, gerus juga bertujuan untuk kerja-kerja tahap pertama sebelum kain di telepuk dengan perada atau air emas atau perak. Biasanya gerus dilakukan pada kain sarung, samping, kain destar, seluar dan baju.



Cara Mengikat Destar Dendam Tak Sudah


Peraturan Membuat Destar

Sebelum kerja-kerja mengikat destar dimulakan, seseorang itu harus mengambil tahu individu yang bakal memakai destar tersebut. hal ini penting bukan sahaja kerana saiz kepalanya perlu tepat. Yang penting ialas status sosial seseorang pula menentukan bentuk, maljis dan warna yang layak dipakainya.

Bahan dan alatan mengikat destar;
  • kain yang dikhaskan
  • kertas keras (Kertas putih, kertas minyak,kertas perang)
  • jarum peniti
  • jarum
  • benang
  • guinting
  • lidi
  • acuan u

Jenis Kain Dan Ragam Hias (Motif Dan Corak Warna)



Kain yang digunakan untuk mencipta destar berbentuk segi empat yang secara umumnya terbagahi kepada tiga jenis kain iaitu kain songket, telepuk dan batik.
  • Kain Songket berukuran 72sm x 77sm hingga 81sm x 85sm
  • Telepuk/batik berukuran 82sm x 82sm
Biasanya kain destar di perbuat dari kain songket yang ditenun dengan benang emas atau perak. Ia ditempah khas untuk destar. Di Terengganu dan Kelantan biasanya ditenun lengkap dengan persalinan, Sehelai kain yang khas mempunyai ragamhias, motif dan corak warna yang pelbagai.


Jenis Kain Dan Pemakaianya
  • Kain Batik (anak Bugis)
  • Kain Batik Jawa (Juak-juak Negeri Pahang)
  • Kain Benang Halus (Kain tenunan sutera)
  • Kain Berjalur (Pernah dipakai oleh Imam Perang Indera Gajah, Pahang, Imam Rasul, ayah kepada Mat Kilau dan Undang Luak, Negeri 9)
  • Kain Broket (Dato' Lembaga Luak, Negeri 9)
  • Kain Bugis
  • Kain kelingkam (Sultan)
  • Kain Limart Bersongket (Raja/Sultan)
  • Kain Songket Hitam Beragi/petak (Datuk-datuk Adat)
  • Kain Pelangi
  • Kain Pis (Kaum Suluk/Rungus/Binadan-Sabah)
  • Kain Polos Hitam (Hulubalang/Panglima/Pendekar/Juak-juak)
  • Kain Polos Putih (Kerabat diraja di waktu berkabung)
  • Kain Songket Raja (Raja/Sultan/Kerabat diraja)
  • Kain Telepuk (Perada/kain bercalak)
  • Kain tubau (Kaum Banjar/Iranun/Dusun-Sabah)



Warna Tanah/Natar/Badan Kain Destar

Mengikut situsai dan suasana majlis:
  • Putih (Sultan)
  • Kuning (Raja/Sultan)
  • Ungu (Anak Raja/Undang Luak)
  • Merah (Panglima Perang)
  • Hijau (Datuk-datuk)
  • Biru (Laksamana)
  • Hitam (Raja/Sultan semasa adat)
  • Hitam (Datuk Adat/Datuk Bergelar)
  • Hitam Polos (Pendekar/Juak-juak)
Biasanya Kuning di pakai oleh Raja/Sultan. Warna untuk majlis adat istihadat masih mematuhi tiga warna asas iaitu Putih, Hitam dan Kuning. Begitu juga warna tanah kain.Warna tanah yang tua adalah untuk orng dituakan seterusnya warna muda menunjukkan status sosial pemakainya yang masih muda.



Corak Dan Ragam Hiasan

  • Corak Bunga Jong Sarat (Raja)
  • Corak Bunga Penuh (Raja)
  • Corak Teluk Berantai (Raja)
  • Corak Bunga Bertabur (Datuk-datuk)
  • Corak Berjalur (Datuk-datuk/Undang Luak)












Lambang dan Simbol dalam Warna, Corak dan Jenis Kain Destar

Sesuai dengan destar sebagai unsur pakaian melayu yang penting dan di pandnag tinggi, kehadiirannya tidak sahaja mempunyai fungsi sebagai penutup kepala. Lebih daripada itu ia sebenarnya membawa lambang dan simbol tertentu sama ada segi bentuk, warna, corak dan jenis kainnya. Nama-nama destar yang pelbagai membawa maksud dan penegrtian tertentun kepada pemakaianya dan kepada majlis serta masyarakat yang menerimanya.

Dariu segi bentuk sahaj jelas bahawa raja-raja memakai destar dalam bentuk tertentu unmtuk majlis dan suasana tertentu. Begitu juga jenis kain dan warnanya. Kain tertentu hanya sesuai dan boleh dipakai oleh individu tertentu bagi majlis tertentu. Malahan seorang raja ataui sultan tidak bebas memakai destar secara suka hati. Ada warna dan kain tertentu dan bentuk2 khusus yang hanya sesuai utk majlis. Warna kuning Raja misalnya adalah warna yang sesuai bagi pertabalan raja. Begitu juga dengan hiasan atau jata negeri yang diperintahnya. Rakyat biasa tidak layak memakai jata negeri dipercayai boleh menimbulkan kemalangan atau malapertaka yang disebutkan sebagai ketulahan.


Hiasan Destar (JATA)



Tengkolok DiRaja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai hiasan yang melambangkan Malaysia. Dihadapan tengklolok itu dipasangkan anak bulan dan bintang pecah 14 yang diperbuat daripada emas outih, bertahtakan berlian dan ditengha-tengahnya terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni. Bulan dan bintang adalah lambang agama islam. Bintang kebesaran yang mempunyai 14 cahayanya mencerminkan 14 buah negeri di bawah kebesarannya. Dua sinaran tambahan menunjukan percantuman dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.



Raja dan pemimpin negara biasanya mengunakan lambang negeri atau mahkota negeri masing-masing. Sultan Kelantan memakai lambang kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, begitu juga dengan Pahang, Kedah dan lain-lain.

Destar yang dipakai oleh pengantin lelaki juga mempunyai hiasan tertentu. Hiasannya bukanlah bulan dan bintang tetapi sesuatu yang bernilai tinggi seperti kerongsang intan permata dan sebagainya.

Istilah / Jenis Lipatan / Kedudukan Destar

Istilah Posisi Gunung


Jenis-jenis Lipatan




Kedudukan Pucuk Dalam Ikatan Destar




Koleksi Gambar Lama - Destar

Jejawat- pembawa alat-alat kebesaran di Raja Terengganu lengkap berpakaian istiadat istana, bersamping, berkain tetapan dan bertengkolok sebagai tradisi yang terus dipertahan dan diamalkan hingga sekarang

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama, Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bersama Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray

Majlis Penyerahan Cogan Agama kepada Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Pasukan Keselamatan yang ditubuhkan untuk menjaga keselamatan negara pada awal 1890-an dilengkapkan dengan pakaian seragam beserta destar

Pengistiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957

Bergambar ramai sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Pertama di Dewan Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 Febuari 1948

Bergambar ramai selepas Upacara Menandatangani Perjanjian Persekutuan dan Negeri, di King's House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948
Bergambar Ramai sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-25 dan sebagai tanda selamat jalan kepada Jeneral Sir Gerald Walter Robert Templer (Persuruhjaya Tinggi British ke Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Febuari 1954

Bergambar ramai selepas Upacara Menandatangai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's House, Kuala Lumpur

Bergambar ramai bagai memperingati Mesyuarat Durbar ke-9 yang terakhir pada 25 November 1939 di Klang, Selangor

Bergambar ramai bagi memperingati Mesyuarat Durbar ke-2 di Kuala Lumpur pada 20 Julai 1903